Monday 2 March 2015

PENDAHULUAN


Bermulanya campur tangan British di tanah melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak.Hasil daripada perubahan ini,ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang British.Ia kemudiannya telah menggalakkanperkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu.

      Dilihat secara luaran,matlamat pokok nasionalisme adalah memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara-bangsa daripada penjajah asing.Jelasnya,dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut iaitu peperangan dan perundingan.

      Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman.Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan,langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat.Caranya adalah dengan menggunakan media massa.


     Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman telah mencapai kemenangan,beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu.Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan,akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 30 Ogos 1957.

No comments:

Post a Comment