Monday, 2 March 2015

FAKTOR-FAKTOR NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat
·         Sistem tanaman paksa di Indonesia
·         Sistem Polo di Filipina
·         Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
·         Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
·         Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.


2. Pengaruh Agama
·        Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang
          penjajahan.
·        Persatuan Belia Buddha di Burma.
·        Di Sepanyol penganut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut
          Kristian berbangsa Sepanyol.


3. Karya Kesusasteraan
·         Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
·         Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
·         Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.


4. Sistem Pendidikan
·         Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
·         Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
·         Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
·         Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.



5. Kemunculan golongan intelektual
·         Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
·         Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
·         Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
·         Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.


6. Pengaruh Media Massa
·         Vietnam- Tribune Indigine
·         Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
·         Menyebarkan idea-idea nasionalis
·         Menanam perasaan anti penjajah.


7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Perkhidmatan telefon dan telegraf
·         Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
·         Jalanraya dan jalan kereta api
·         Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.


8. Pengaruh Luar
·         Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
·         Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
·         Perjuangan Mahatma Gandhi di India.

·         Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

No comments:

Post a Comment