Antara cara mengekalkan nasionalisme dalam sesebuah negara
ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah
berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita
perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka
yang berusaha mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka
untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik.
Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan
yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan
dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan
penjajah asing.
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu
kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap
warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan
dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus
membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus
berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di
dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku,
menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga
harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara
kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa
pertempuran atau pertumpahan darah.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.
Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan nasionalisme di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk
amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup
bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara
masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan
semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita
harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan,
bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan
kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum
seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.
Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk nasionalisme. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.
Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat
produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan
prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari
dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap
masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam
negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya
Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi
cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula.
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan
senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.
Secara kesimpulan, nasionalisme adalah amat penting dalam
sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita
haruslah bekerjasama mengekalkan nasionalisme di negara kita untuk kebaikkan semua.
Good
ReplyDeleteTulis pun salah aduui
ReplyDeleteWhy
Delete👍
ReplyDeleteaduhh lain kali jngnlah buat mcm niiii susah tau nkk copyyyy
ReplyDeleteOrang dah bagi tiru idea dia hormat lah sikit takyah bahan bahan
Deleteerk
ReplyDeleteyou save my life
ReplyDeleterajin dho buat
ReplyDeletetq
ReplyDeleteWaa rajin ni salin sana kertas A4
ReplyDeletethankk youu !!
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete