Monday, 2 March 2015

KESIMPULAN

Apabila kita melihatsejarahperjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia(Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatanpenentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, DatukKelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20.Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifatindividu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebihkelompok kecil yang diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secarakeseluruhan. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) danmasalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telahmembawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar danmembawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Perlu diingatkan,kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudahuntuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melaluisatu proses yang sangat panjang.

No comments:

Post a Comment