Monday 2 March 2015

KESAN-KESAN NASIONALISME

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak Berjaya membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan  ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957.

Kesan yang pertama ialah, fahaman kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga Berjaya mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah kemunculan parti-parti – parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini. seterusnya, kesan nasionalisme dapat menyuburkan rasa cinta akan negara dan tanah air. nasionalisme juga dapat menyedarkan orang-orang melayu bahawa mereka mesti menggunakan kebijaksanaan mereka dalam membuat keputusan bahawa orang melayu tidak mahu dijajah dan hidup dalam kemunduran selama-lamanya.

Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa impak yang positif terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap proses memerdekakan Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat diharungi sehinggakan wujudnya kesan-kesan positif terhadap perkembangan nasionalisme Negara kita

4 comments: