Monday 9 March 2015

MUKA HADAPAN


PENGAJIAN MALAYSIA

KEBANGKITAN NASIONALISME 

NAMA PENSYARAH : PN MARHAYU BT JAMAI


NAMA AHLI KUMPULAN :

NURUL KHALIDA BINTI MUHNI (14DPM14F2047)
NUR NADIA BINTI DARNAK (14DPM14F2009)
NUR AZLIN BIN MOHD ALI (14DPM14F2013)
NUR FARIDATUN ZAKIAH BINTI KAMAL NAJMI (14DPM14F2029)
SHALENI A/P K.GUNANDRAN (14DPM14F2039)

Monday 2 March 2015

GAMBAR AHLI AHLI KUMPULAN

 Perbincangan berkaitan dengan tajuk (kebangkitan nasionalisme)

 memberi pendapat dan cadangan untuk membina blog

 Nur Faridatun Zakiah
Nurul Khalida
Nur Nadia
Nur Azlin
Shaleni
WE FROM DPM1A :)

PENDAHULUAN


Bermulanya campur tangan British di tanah melayu sejak 1874, ia telah memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak.Hasil daripada perubahan ini,ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya menentang British.Ia kemudiannya telah menggalakkanperkembangan semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah Melayu.

      Dilihat secara luaran,matlamat pokok nasionalisme adalah memperjuangkan kedaulatan dan kemerdekaan Negara-bangsa daripada penjajah asing.Jelasnya,dalam membentuk kemerdekaan terdapat dua kaedah yang telah dipraktikkan oleh pemimpin pada zaman tersebut iaitu peperangan dan perundingan.

      Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang di ketuai oleh Tunku Abdul Rahman.Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan,langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat.Caranya adalah dengan menggunakan media massa.


     Apabila parti Perikatan yang diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman telah mencapai kemenangan,beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu.Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan,akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 30 Ogos 1957.

OBJEKTIF

1. Menerangkan semangat nasionalisme orang melayu

2. Membincangkan berkaitan faktor-faktor kewujudan nasionalisme

3. Menyatakan kesan-kesan nasionalisme sehingga kini.

4. Mencadangkan cara-cara untuk mengekalkan dan meningkatkan lagi semangat nasionalisme.

 5. Mengenalpasti peningkatan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.

PENGERTIAN NASIONALISME

Semangat kebangsaan atau nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air. Semangat ini mendorong keazaman untuk;
Berjuang menebus maruah bangsa.
Membentuk masa depan bangsa dan negara.

Semangat cinta akan tanah air telah menyebabkan kita berjuang membebaskan negara daripada penjajahan British bagi membentuk negara yang merdeka dan berdaulat.

FAKTOR-FAKTOR NASIONALISME

1. Dasar Penjajahan Barat
·         Sistem tanaman paksa di Indonesia
·         Sistem Polo di Filipina
·         Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
·         Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
·         Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.


2. Pengaruh Agama
·        Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang
          penjajahan.
·        Persatuan Belia Buddha di Burma.
·        Di Sepanyol penganut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut
          Kristian berbangsa Sepanyol.


3. Karya Kesusasteraan
·         Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
·         Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
·         Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.


4. Sistem Pendidikan
·         Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
·         Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
·         Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
·         Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.



5. Kemunculan golongan intelektual
·         Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
·         Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
·         Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
·         Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.


6. Pengaruh Media Massa
·         Vietnam- Tribune Indigine
·         Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
·         Menyebarkan idea-idea nasionalis
·         Menanam perasaan anti penjajah.


7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
·         Perkhidmatan telefon dan telegraf
·         Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
·         Jalanraya dan jalan kereta api
·         Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.


8. Pengaruh Luar
·         Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
·         Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
·         Perjuangan Mahatma Gandhi di India.

·         Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.

KESAN-KESAN NASIONALISME

Walaupun pergerakan sebelum perang dunia kedua tidak Berjaya membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajahan, namun pergerakan  ini berjaya meninggalkan beberapa kesan positif sebagai satu asas kepada kemerdekaan pada tahun 1957.

Kesan yang pertama ialah, fahaman kebangsaan, kedaerahan dan kenegerian dapat dihapuskan dan diwujudkan pula semangat kekitaan. Kesan kedua ialah orang melayu amat menyedari bahawa mereka memang ketinggalan dalam bidang ekonomi di negara mereka sindiri berbanding dengan kaum imigran. Seterusnya, mereka menyedari tentang kepentingan pendidikan bagi pencapaian mobiliti sosial. Atas kesedaran ini kaum petani dan nelayan mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah melayu dan inggeris. Kesan akhir dan terpenting ialah kegiatan pergerakan kebangsaan ini teah diteruskan selepas perang dunia ke dua terutamanya yang berpendidikan inggeris seperti raja chulan dan dato onn jaafar, sehingga Berjaya mendapat kemerdekaan dari pihak inggeris. Antara lain ialah kemunculan parti-parti – parti politik yang tersusun seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Perpaduan kaum juga dapat diwujudkan kesan daripada perkembangan nasionalisme ini. seterusnya, kesan nasionalisme dapat menyuburkan rasa cinta akan negara dan tanah air. nasionalisme juga dapat menyedarkan orang-orang melayu bahawa mereka mesti menggunakan kebijaksanaan mereka dalam membuat keputusan bahawa orang melayu tidak mahu dijajah dan hidup dalam kemunduran selama-lamanya.

Kesimpulannya, perkembangan nasionalisme Negara telah membawa impak yang positif terhadap penduduk Tanah Melayu terutamanya terhadap proses memerdekakan Tanah Melayu. Walaupun terdapat banyak halangan serta cabaran yang perlu ditempuhi namun semuanya dapat diharungi sehinggakan wujudnya kesan-kesan positif terhadap perkembangan nasionalisme Negara kita

CARA MENGEKALKAN SEMANGAT NASIONALISME

Antara cara mengekalkan nasionalisme dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya. Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha-usaha mereka untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.
Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan nasionalisme di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk nasionalisme. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta memjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini kan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Secara kesimpulan, nasionalisme adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan nasionalisme di negara kita untuk kebaikkan semua.

KESIMPULAN

Apabila kita melihatsejarahperjuangan pejuang kemerdekaan di Malaysia(Tanah Melayu sebelum itu), kita tidak akan lari dari membincangkan kehebatanpenentangan oleh tokoh-tokoh seperti Datok Bahaman di Semantan, DatukKelana di Sungai Ujong, dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu.Hakikatnya, penduduk Tanah Melayu tidak pernah memikirkan untuk keluar daripada kepompong penjajah secara serius sebelum memasuki abad ke-20.Penentangan terhadap penjajah pada era sebelumnya adalah lebih bersifatindividu. Kepentingannya juga adalah kepentingan individu, atau paling lebihkelompok kecil yang diwakili oleh individu itu,bukannya bangsa Melayu secarakeseluruhan. Walaupun kebanyakkan gerakan kemerdekaan ini gagal kerana kekurangan senjata, kurang sokongan daripada orang Melayu (kesatuan) danmasalah perhubungan komunikasi, namun gerakan awal penentangan ini telahmembawa kepada kebangkitan gerakan nasionalisme yang lebih besar danmembawa kesan yang baik terhadap proses kemerdekaan. Perlu diingatkan,kemerdekaan yang dicapai pada Ogos 1957 bukanlah satu proses yang mudahuntuk dicapai. Matlamat kemerdekaan itu hanya dapat dicapai setelah melaluisatu proses yang sangat panjang.

RUJUKAN

1. BUKU ILMIAH
2. BUKU TEKS PENGAJIAN MALAYSIA
3. INTERNET

LAMPIRAN

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu




Video menunjukkan peristiwa pengisytiharan oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al Haj pada tanggal 31 Ogos 1957


Gambar menunjukkan peristiwa pengisytiharan kemerdekaan oleh 
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj 

Gambar menunjukkan  Malaysia mempunyai penduduk yang 
berbilang kaum seperti melayu, india, cina dan sebagainya.

Gambar menunjukkan Tugu Negara 

SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA!